Alhamdulillah, dalam sedar tidak sedar hampir sebulan saya
di bumi Labuan ini. Sungguh banyak perkara yang saya pelajari daripada tarbiah
alam dan kehidupan di sini. Banyak sisi dan ragam manusia yang tiada di bumi
semenanjung saya temui , ada perkara
lebih baik dan ada perkara yang lebih buruk!
Di suatu petang, saya sempat berborak dengan Jeff berbangsa
Melayu Brunei (kontraktor gudang syarikat) sambil memerhatikan para pekerjanya
meratakan crusherun yang dihamparkan.
“Jeff, pernah tak pergi kelab-kelab malam? Saya tengok kat
sini banyak bah kelab malam..” Saya mula memancing perbualan dengan jeff.
“ Biasa sudah. Yang penting niat cari rezeki bah, kita
sekadar entertain client.” Jawab Jeff dengan selamba.
“ Habis tu, isteri Jeff tahu tidak?” terkejut dengan jawapan
dia, laju mulut saya menyampuk.
“ Pandai-pandai la simpan hal ini. Ini kan urusan kita
dengan Allah., haha” Jeff senyum sini. Kemudian dia menyambung lagi.
“ Raja, kita hidup ni ikut peredaran zaman bah. Di sini,
perkara macam tu biasa sudah. Cuma kita niat cari rezeki untuk anak bini kita
bukan? Asalkan jagan kita minum itu air. Kita kena juga enjoy sekali sekala
bukan, baru itu seimbang dunia dan akhirat. Tak boleh pergi masjid saja”
Tergumam saya mendengar istilah “seimbang” yang dia fahami.
Cukup berbeza!
Tapi memang benar pun, di bumi Labuan seruan kea rah
kebaikan dan kebathilan sama hebatnya. Contohnya, sempena sambutan hari
wilayah, ada program selawat dan program konsert sekali.
Saya sempat pergi meninjau kawasan aktiviti di padang
wilayah Labuan dan saya cuma berminat pergi ke auto show. Melihat manusia
sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi hobi mereka..huhu~
Baru-baru ini pula, dianjurkan program Talent show di Ujana
Kewangan.. Bingit juga telinga dibuatnya. Saya ambil peluang juga untuk tengok
program ni. Sayu hati bila melihat rama anak muda menari dengan penuh semangat
dan ada yang lancar saja menyayi lagu2 orang putih. Saya pun tak pasti la bangsa
apa dan agama apa yang mereka anuti, sukar untuk membezakan di sini. Ada muka
macam Cina tapi melayu Islam, ada juga muka macam melayu tapi tegalok filipina
kristian. Banyak kali saya tersalah beri salam.. ahak...
Namun begitu, pertembungan hak dan batil pasti berlaku sejak
azali lagi dan dari langit lagi. Seruan kea rah kebaikan tetap dibuat walaupun
sokongan yang sedikit. Saya sempat menyertai program Kem Lepasan SPM di Labuan
untuk adik2 sekolah menengah.. Program ini sedikit sebanyak menyedarkan
golongan remaja untuk merancang masa depan dengan baik. Tahniah PEMBINA!
Cukuplah coretan saya buat kali ini. Sungguh, perjalanan
di Labuan ini cukup menginsafkan saya. Semoga ianya jadi ibrah dan satu tarbiah
bergelar insan yang dhaif ini.

0 comments:
Post a Comment