Nostalgia..

Bagai mayat hidup semula rasanya diri ini apabila dapat bertemu teman-teman seperjuangan yang sudah lama terpisah. Benar sungguh kata orang, ukhuwah yang tertaut semasa dalam keadaan sama-sama susah punya "aura" yang berbeza ketika berukhuwah di masa senang.

Sungguh, saya amat merindui saat itu. Pertemuan di majlis akikah anak saudara Nazriq membangkitkan kembali nostalgia lama bersama-sama ikhwah UTP seperti Nazriq, Rahimi dan Marwan. Masih basah di ingatan saat bersama balik ke Pahang menaiki motosikal dengan Nazriq. Saya siap tidur diatas motorsikal. huhu~

Sepanjang pertemuan itu, kami banyak berbincang tentang perkembangan masing-masing. Rahimi dah beranak 3, Nazriq pula dah ada dua orang anak, Tinggal Marwan ja yang belum kahwin lagi. InsyaAllah tak lama dah tu... Oh ya, minggu depan Nazriq akan ke Australia untuk sambung master dalam bidang marketing. Semoga apa yang dicita-citakannya tercapai.


                           Dari kiri : Nazriq, Rahimi, saya, Marwan

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment